Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

APA YANG MENARIK TU?

Resepi Sup Tulang Power




Resepi Sup Tulang Power

LIHAT VIDEO

Resepi Sup Tulang Power

Bahan-bahan ( 10 org makan )
1 kilo tulang lembu
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih (di ketuk)
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
4cm halia
2cm lengkuas
3 btg serai
2 sudu besar sos tiram
5 biji cili api
2 biji tomato potong 8
2-3 batang daun saderi
garam, serbuk perasa secukupnya.


Cara-cara

Tumiskan bawang putih, bwg besar, kayu manis, bunga lawang,pelaga, halia,lengkuas dan serai.

Tumis semua bahan-bahan sampai naik bau @ kekuningan.kemudian masukkan tulang dan tumiskan sekejap sebelum masukkan air.

Biarkan sampai mendidih kemudian masukkan sos tiram dan cili api. Rebus sampai daging tu lembut ckt baru masukkan garam,perasa dan perahan limau nipis.

Biarkan sebentar kemudian masukkan tomato, daun saderi dan daun limau purut. 

Biarkan didih dan sedia untuk di makan.




Resepi Bingka Nestum Rangup




Resepi Bingka Nestum Rangup

Bahan-bahan 


*2 cawan tepung gandum

*2 cawan santan

*1 cawan susu segar

*5 biji telur 

*3/4 cawan gula pasir

*3/4 cawan susu pekat manis

*1 sudu besar tepung jagung

*1 sudu kecil garam halus

*2 sudu besar butter - dicairkn

1 1/2 cawan nestum original 

1 sudu kecil esen vanilla

sedikit pewarna kuning


Cara-cara
Bahan bertanda* dikisar sebati

Panaskan oven 180'C

Satukan bahan yg dikisar & masukkan nestum dan gaul sebati 

Sediakan loyang, masukkan 1 sudu besar butter & panaskan diatas api yg kecil

Masukkan/tuang adunan kedalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya

Bakar 50 - 60 minit  atau sehingga masak




Resepi Kurma goreng mudah dan enak.





LIHAT VIDEO

Resepi Kurma goreng mudah dan enak

Bahan-Bahan:
Kurma di buang biji dan di hiris memanjang.
Tepung Gandum
Marjerin sedikit
Garam secubit
Air utk bancuhan

Cara-caranya:
Bancuh tepung dengan air, marjerin dan secubit garam. Bancuh seperti bancuhan hendak menggoreng pisang. Celupkan kurma ke dalam tepung dan goreng seperti biasa.Senangkan,cubalah.

Resepi Kurma goreng mudah dan enak, Resepi kurma, resepi buahan, 

Resepi Kek Labu Kukus gebu dan enak.




LIHAT VIDEO

Resepi Kek Labu Kukus gebu dan enak

Bahan-bahan :

3 biji telur 

1 cawan minyak jagung 

1 1/2 cawan gula halus

1 camca teh esen vanilla

1/4 camca teh garam

450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus

2 1/2 cawan tepung gandum 

1 camca teh soda bikarbonat 

1/2 camca teh baking powder

1 1/2 camca besar susu tepung



Cara-caranya:

  • Sapu loyang dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum.
  • Panaskan oven pada suhu 160C 
  • Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak, labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. 
  • Kacau hingga semua sebati .
  • Tuang dalam loyang yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2. 
  • Jika Kukus pun dalam 50 minit juga.

Resepi Fruit Cocktail mudah dan sedap.


Resepi Fruit Cocktail mudah dan sedap.

LIHAT VIDEO


Resepi Fruit Cocktail mudah dan sedap

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 tin besar fruit cocktail
1 tin susu cair
 gula secukup rasa 
[jika cocktail agak masam,letak lebih gula,ada cocktail yg manis]
Ais ketul secukupnya


Cara-cara

Masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk sederhana besar. 

Masak seketika sehingga gula larut dan cair.

Tuang fruit cocktail ke dalam adunan susu tadi.

Gaulkan dan tunggu sebentar.

Kemudian sejukkan dan dihidang bersama ais ketul






Resepi kek Coklat Moist kukus.



Resepi kek Coklat Moist kukus.

LIHAT VIDEO

Resepi kek Coklat Moist kukus

Bahan-bahan 



100g Serbuk Koko*

250g Gula Kastor

1 tin Susu Isian Cair*

200g Minyak Masak Sayuran*

250g Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

150g Tepung Gandum

1 st Bic Soda

1st Baking Powder


Cara-cara



Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.

Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.




Resepi Haruan goreng berempah yang lazat.




Resepi Haruan goreng berempah yang lazat

LIHAT VIDEO

Resepi Haruan goreng berempah yang lazat.
Bahan-bahan 
3-4 ekor ikan Haruan - dipotong kiub
1 cawan Tepung Gandum 

atau tepung segera seperti Adabi atau KFC
4-5 sudu besar rempah
Sedikit garam
4 biji Cili Kering * - digunting
1/2 biji Bawang Besar - dipotong bulat *

Cara-cara
Campurkan tepung dan rempah. Masukkan haruan yang telah digaul bersama garam ke dalam tepung tadi. Gaulkan lah sehingga haruan itu disalut dengan tepung..
Gorengkan ikan tu atas api yang sederhana. 

Sebelum angkatnya, baru masukkan bahan *
siap dihidang,selamat mencuba.



Resepi Bunga Kobis Goreng Tepung yang enak.




Resepi Bunga Kobis Goreng Tepung yang enak.

LIHAT VIDEO

Resepi Bunga Kobis Goreng Tepung
Bahan-bahan 
bunga kobis qtt ikut suka  - dipotong kecil atau besar ikut suka anda
1 biji telur
2 sudu air
3 sudu besar tepung jagung (guna tepung beras pon ok kot)
2 sudu besar tepung gandum
sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
1 genggam breadcrumbs
1-2 sudu besar biji bijan
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
- Panaskan minyak. Satukan telur dan air dan kacausebati.
- Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, lada sulah, lada hitam dan garam.
- satukan breadcrumbs dan bijan. Gaul sebati.
- Ambil potongan bunga kobes dan celup kedalam telur. Golekkan pula diatas tepung. 
- Akhir sekali golekkan kedalam campuran breadcrumbs dan bijan.
- Goreng sehingga garing dan toskan sebentar.

selamat mencuba!
Resepi Bunga Kobis Goreng Tepung yang enak, resepi masakan mudah dan sedap, resepi sayuran,