Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Paru goreng berlada yang lazat.



Resepi masakan Paru goreng berlada yang lazat.



Resepi masakan Paru goreng berlada


Bahan-bahan ( 4 orang )

Paru = 500 g
Lada merah = 7 batang (kalau suka pedas boleh tambah)
Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
Bawang putih = 3 ulas
Serai = 1 batang (dititik)
Serbuk kunyit = 1 sudu teh
Garam & gula = secukup rasa

Cara-cara :

Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru guna garfu)
Paru dipotong mengikut saiz kesukaan masing-masing. 
Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. 
Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. 
Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. 
Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.



No comments: