Jom singgah sini | twenty2december™

Showing posts with label resepi mee. Show all posts
Showing posts with label resepi mee. Show all posts

Resepi masakan Bakso mudah dan sedap



Resepi masakan Bakso mudah dan sedap



Resepi masakan Bakso mudah dan sedap


Bahan-bahan :

Bihun 1 bungkus 

Taugeh

Kobis dihiris halus



*untuk bebola

400 gm daging cincang

2 biji bawang merah diracik halus

2 biji bawang putih diracik halus

2 sb telur (1/2 biji)

1 sk tepung ubi / tepung jagung

sedikit serbuk lada sulah n garam



*untuk kuah

3 biji bawang merah dihiris

* 3 ulas bawang putih

*1/2 inci halia

*1sk lada sulah biji

1 batang serai diketuk

1 sb pati daging / pati ayam

sedikit serbuk lada sulah

sedikit garam dan  perasa



Cara-cara

-UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.

-Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

-UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.

-Rendam bihun dan celur, kemudian tapis. Hidang bihun bersama tauge dan kubis. Tuang kuah dgn bebola. 



resepi masakan, Resepi masakan Bakso, resepi mee, Resepi masakan Bakso mudah dan sedap, 

Resepi masakan Char Kuey Tiaw


Resepi masakan Char Kuey Tiaw



Resepi masakan Char Kuey Tiaw

Bahan-bahan :

MEE
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur 


PASTE
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

Cara-caranya :

PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang.Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm petusejuk.

MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan kerang. masukkan sikit air.Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.