Jom singgah sini | twenty2december™

Showing posts with label resepi kuih. Show all posts
Showing posts with label resepi kuih. Show all posts

Resepi Agar-agar kering .




Resepi Agar-agar kering



Resepi Agar-agar kering.

Bahan bahannya :

50g Agar Agar Tali
450g gula pasir
3 ketul gula batu
8 cawan air
Pewarna [ikut suka]
Perasa [ikut suka ]


Cara-caranya :

Panaskan air dan masak agar agar & gula batu
hingga larut
Bila dah larut masukkan gula pasir
Angkat dan tuang ke dalam bekas yg telah diletak pewarna & perasa
Gaul rata. Biar ia sejuk dan mengeras dahulu
Terap dan bentukkan ke bentuk yg anda mahukan.
Letak diatas dulang yang telah dialas plastik.
Jemur sehingga kering sambil itu balik balikkan agar kering sama rata




Resepi masakan Tepung Pelita



Resepi masakan Tepung Pelita



Resepi masakan Tepung Pelita

Bahan-bahan:



1 cawan tepung beras

1 cawan gula

5 cawan air

4 sudu besar tepung beras(ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

sedikit kapur dan sedikit garam



Cara-caranya: 
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

  • Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

  • Sejukkan
resepi kuih, resepi masakan, Resepi masakan Tepung Pelita, tepung pelita, 


Resepi masakan Popia Basah



Resepi masakan Popia Basah



Resepi masakan Popia Basah

Bahan-bahan ( 12 keping )
Bahan untuk kulit*


2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** 


(boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal*** 

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-caranya: 

campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .

Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan.


Resepi masakan Popia Goreng mudah.



Resepi masakan Popia Goreng mudah.



Resepi masakan Popia Goreng mudah

Bahan-bahan :


kulit popia ikut anda berapa banyak
1 cawan sayur campur
1 cawan isi ayam
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
minyak untuk menumis dan menggoreng
sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-caranya:

Hiris isi ayam nipis-nipis
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
Masukkan sedikit air
Kemudian masukkan kiub ayam
Masukkan serbuk lada sulah
Masukkan sayur campur
Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.



Resepi masakan Onion Ring yang mudah dan sedap


Resepi masakan Onion Ring yang mudah dan sedap



Resepi masakan Onion Ring yang mudah dan sedap

Bahan-bahan [4org makan]
1. 2 biji bawang besar
2. 85g tepung gandum
3. 1 sudu besar tepung jagung
4. garam dan gula secukup rasa
5. 1 sudu teh baking powder
6. 1/2 cawan air
7. 1 sudu besar minyak masak
8. minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
-Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal. Campur gaul semua bahan-bahan kecuali bawang.
-Panaskan minyak
-Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.
-okey dah siap boleh makan cicah sos n mayo.

Resepi masakan Kentang putar [Mashed Potato]



Resepi masakan Kentang putar [Mashed Potato]



Resepi masakan Kentang putar [Mashed Potato]

Kentang Putar.
[2orang makan]
2 biji kentang
4 sudu besar susu segar
sedikit butter
sedikit garam
sedikit daun parsley potong halus

Caranya:
Kenalah cuci,buang kulit n bersihkan kentang tu.
Rebus sehingga empuk[kalau potong dulu pun ok,cepat lembut]
Lenyekkan kentang yg dah masak
Panaskan butter+susu+garam.
bila dah sebati dan cair,padamkan api kemudian masukkan ubi kentang tadi.
Gaul dan masukkan hirisan daun parsley.
dah siap dah jom buat sos pulak!


Sos Kentang Putar
500 ml air
stok ayam [secukup rasa]
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit garam
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
30gm mentega
10gm tepung gandum

Caranya:
Stok ayam,saderi dan bawang besar dimasak dalam air hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Mentega dicairkan kemudian campurkan tepung gandum.[kecilkan api]
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Tambahkan sos tomato dan sos tiram,garam secukup rasa.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.


p/s: bagi yg mahu rasa pedas letakkan blackpeper,jika suka warna sedikit gelap tambah kicap pekat sedikit,boleh juga tambahkan Mushroom .




Resepi masakan roti sosej gulung



Resepi masakan roti sosej gulung



Resepi masakan Roti sosej gulung


Bahan-bahannya :
10 keping roti putih - dibuang tepinya
10 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
serbuk roti - secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
Gelek roti hingga nipis/leper
Balut sosej dengan roti yg leper tadi dan gulungkan
Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya kemas
Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
Salut @ golek2kan roti yg dh dicelup dgn telur ke dlm serbuk roti
Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan