Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi Kek Pisang sedap dan mudah.




Resepi Kek Pisang sedap dan mudah.



Resepi Kek Pisang sedap dan mudah.

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak 
gula secukup rasa [1cwn]
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum  
1 sudu teh baking powder 
 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:



1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.

2. Sediakan loyang 4 persegi. sapu nipis dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA

3. Kisarkan gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)

4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata .

5. Masukkan pisang yg tlh dilenyek, esen vanila dan air limau. Gaul sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau hingga keperangan.



*Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.


Resepi Agar-agar kering .




Resepi Agar-agar kering



Resepi Agar-agar kering.

Bahan bahannya :

50g Agar Agar Tali
450g gula pasir
3 ketul gula batu
8 cawan air
Pewarna [ikut suka]
Perasa [ikut suka ]


Cara-caranya :

Panaskan air dan masak agar agar & gula batu
hingga larut
Bila dah larut masukkan gula pasir
Angkat dan tuang ke dalam bekas yg telah diletak pewarna & perasa
Gaul rata. Biar ia sejuk dan mengeras dahulu
Terap dan bentukkan ke bentuk yg anda mahukan.
Letak diatas dulang yang telah dialas plastik.
Jemur sehingga kering sambil itu balik balikkan agar kering sama rata




Resepi Rebung masak lemak cili api




Resepi Rebung masak lemak cili api



Resepi Rebung masak lemak cili api

Bahan-Bahan:

300 g rebung
250 g udang [atau daging bakar]
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar :

10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-cara :

Rebung dibersihkan dan direbus sekejap. Toskan. 
Masukkan bahan yang dikisar, santan dan serai ke dalam periuk. 
Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak.





Resepi biskut Coklat Chips rangup.



Resepi biskut Coklat Chips rangup.




Resepi biskut Coklat Chips rangup.

Bahan-bahan ( ~100 keping )

1 cawan gula
1 cawan  gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sb susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang [ Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.]
2 cawan chocolate chips
1 sk vanilla extract

Cara-cara:

Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.

Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips

Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)


Tips * 
Jika rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. 
Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. 
Cookies ini agak rapuh, jika suka keras sedikit, tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.
Utk cookies yang bentuknya cantik - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar.



Resepi masakan gulai lemak ikan masin nenas.



Resepi masakan gulai lemak ikan masin nenas.



Resepi masakan gulai lemak ikan masin nenas

Bahan-bahannya:

Beberapa keping ikan masin - dipotong dan direndam seketika
1/2 biji nenas - dibuang kulit - dicuci dan dipotong nipis
12 biji cili api - ditumbuk
2 inci kunyit hidup - ditumbuk
1 biji lada merah - ditumbuk
1 batang serai - di titik
300 ml santan
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

cara-caranya:

Masukkan ikan masin,bahan tumbuk,serai dan santan ke dalam periuk dan didihkan. 
Kacau perlahan2.
Kemudian masukkan hirisan nenas dan asam gelugur. Kacau-kacaukan lagi dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.Sedia untuk dihidang.




Resepi masakan Kuah Yong Tau Fu yang mudah dimasak.



Resepi masakan Kuah Yong Tau Fu yang mudah dimasak.



Resepi masakan Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


10 tangkai cili kering

gula melaka 

bijan goreng

gula secukup rasa

garam secukup rasa

3 cm belacan

300 ml air

1 sudu besar minyak

sedikit  tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

sedikit bahan perasa


Cara-cara:

Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil sehingga garing.

Kemudian angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.
Taburkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama hidangan menu steamboat anda.