Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

APA YANG MENARIK TU?

Resepi kek Oren lembab yang mudah lagi sedap.




Resepi kek Oren lembab yang mudah lagi sedap

Bahan-bahan :
1 cawan tepung naik sendiri 
130 gram mentega
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur  gred A asingkan putih dan kuning
sedikit esen oren
1 biji oren, parut kulit
sedikit jus oren


Cara-caranya :
Panaskan oven pada suhu 175C, 

Putar mentega dan gula hingga putih, 

Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sehingga gebu. 

Masukkan parutan kulit oren, putar hingga sebati.

Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, 

[Dalam bowl lain]

Putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus hingga kental.

Gaul putih telur tersebut dalam adunan sebelumnya tadi. hingga rata dan sebati. 

Tuang dalam acuan dan bakar selama 40 - 45 minit.




6 comments:

dayteenlea said...

terus buat.
tambah2 hujan2

terima kasih bagi inspirasi dan resepi

✿ pink velvet ✿ said...

fuiii sedapnyer :)

Susan Lolo Bua said...

teringin sangat nak cuba, tapi takut pulak tak menjadi. hehe
Akk boleh tolong bagi kerjasama, like entry saya http://blog.zalora.co.id/liburan-impian-di-tana-toraja/

Suhailas said...

Salam sis...
Alhamdulliah terpesona dan suka sangat dapat jumpa blog sis...and sy dah try pon resepi kek oren ni n memAng puas hati sangat2....sedap n lembut gitu...tqvm sis..l da follow blog for easy ref.nnt

Tumpang copy resepi akak kt blog saya yaa..tq

SITI KHATIJAH said...

Saya nak tanya sedikit jus oren tu lebih kurang banyak mana ye..
Saya nak cuba nie..

cik tiemah said...

@siti khatijah : biasanya akak letak 1/4 cawan,sebab akak letak juga sikit air sunquick pekat [1sudu]ini option. terpulang nak rasa oren kuat mana tapi jgn byk sgt air ya.