Jom singgah sini | twenty2december™

Showing posts with label resepi biskut. Show all posts
Showing posts with label resepi biskut. Show all posts

Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap.




Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap.


Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
6 cawan oat
6 sudu besar serbuk koko
1 1/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan minyak sapi
1/2 buku mentega

 untuk salut biskut

1 1/2 cawan susu tepung
1 cawan gula halus

Cara-caranya

-panaskan oven terlebih dahulu.
-gaulkan tepung gandum , oat, gula dan serbuk koko sekali sehingga sebati menggunakan sudip.
-kemudian campurkan minyak sapi dan mentega yang telah dicairkan terlebih dahulu
-adun sehingga semuanya sebati
-gentelkan bulat-bulat atau ikut bentuk yang anda mahukan
-bakar selama 30 minit pada suhu oven 200'
-setelah masak,biarkan sejuk dahulu
- salutkan dengan gula halus dan susu tepung tadi.
 Selamat mencuba!

Resepi Biskut Coklat Oat yang sedap, resepi biskut, Resepi Biskut Coklat Oat, resepi biskut Oat Chocolate

Resepi biskut Coklat Chips rangup.



Resepi biskut Coklat Chips rangup.




Resepi biskut Coklat Chips rangup.

Bahan-bahan ( ~100 keping )

1 cawan gula
1 cawan  gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sb susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang [ Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.]
2 cawan chocolate chips
1 sk vanilla extract

Cara-cara:

Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.

Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips

Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)


Tips * 
Jika rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. 
Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. 
Cookies ini agak rapuh, jika suka keras sedikit, tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.
Utk cookies yang bentuknya cantik - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar.



Resepi biskut Almond london





Resepi biskut Almond london




Resepi biskut Almond london

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara-cara
Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.




Resepi biskut Cornflakes madu



Resepi biskut Cornflakes madu




Resepi biskut Cornflakes madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri utk hiasan


Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. 
Letak hirisan ceri jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.