Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Bergedil ayam sedap dan mudah





Resepi masakan Bergedil ayam sedap dan mudah





Resepi masakan Bergedil ayam sedap dan mudah



Bahan-bahan
1 ekor dada ayam
1/2 kg ubi kentang
5 sudu besar bawang goreng
sedikit garam halus
10 biji lada jarum
2 ulas bawang putih
kicap manis
2 biji telur ayam
minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

mula2 rebus dada ayam hingga empuk ketepikan sesudah masak.
ubi kentang di potong dadu kemudian digoreng hingga kekuningan.
tumbuk ubi kentang dan isi ayam tadi dan gaul sebati.
masukkan bawang goreng, garam secukupnya 
kemudian bentukkan bulat2 dan penyekkan sedikit
celurkan dalam telur yang sudah bipukul kembang
kicap, lada, dan bawang putih tu diblend sekali utk dibuat pemcicah.
sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi.


Resepi masakan Paru goreng berlada yang lazat.



Resepi masakan Paru goreng berlada yang lazat.



Resepi masakan Paru goreng berlada


Bahan-bahan ( 4 orang )

Paru = 500 g
Lada merah = 7 batang (kalau suka pedas boleh tambah)
Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
Bawang putih = 3 ulas
Serai = 1 batang (dititik)
Serbuk kunyit = 1 sudu teh
Garam & gula = secukup rasa

Cara-cara :

Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru guna garfu)
Paru dipotong mengikut saiz kesukaan masing-masing. 
Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. 
Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. 
Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. 
Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.



Resepi masakan Kerabu Mangga yang sedap dan mudah.



 Resepi masakan Kerabu Mangga yang sedap dan mudah.



Resepi masakan Kerabu Mangga


Bahan-Bahan:

3 biji mangga muda - mayang memanjang
5 ulas bawang merah - hiris nipis
6 biji cili api - potong kecil
Ikan bilis - digoreng
Kacang Tanah - digoreng 1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
3 biji limau nipis - ambil air perahan
2 helai daun salad
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.
Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.
Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

*Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.




Resepi masakan Ayam Penyet yang lazat.



Resepi masakan Ayam Penyet yang lazat.



Resepi masakan Ayam Penyet yang lazat.

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan 
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup) 
guna air tersebut utk masak nasi
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)


Cara-cara :

Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



Untuk Sambal


Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.



Untuk Sup


Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.



Untuk Nasi


Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.



Resepi masakan Ayam Percik sedap.



Resepi masakan Ayam Percik sedap.



Resepi masakan Ayam Percik sedap


Bahan-bahan :

1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara cara :

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.



Resepi masakan Puding Pelangi



Resepi masakan Puding Pelangi



Resepi masakan Puding Pelangi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10g serbuk agar2 
(blh guna agar2 tali jugak)
650ml air
180gm gula pasir 
(kurangkan gula jika mahu kurang manis)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya 
(kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara :


Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.

Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).

Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.

Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. kemudian  masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras lboleh sedia utk dihidangkan.


Resepi masakan Nasi Goreng USA



Resepi masakan Nasi Goreng USA




Resepi masakan Nasi Goreng USA

Bahan-bahan ( 1 org )


100gm isi ayam [potong sederhana kecil]
bawang besar potong 8
buah tomato potong 4
lada benggala / capsicum warna merah dan hijau..nak warna warni pun boleh...
2ulas bawang putih
3 sudu besar cili mesin
1 atau 2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

tumis bawang putih dan separuh bawang besar hingga naik bau
masukkan cili mesin tumis smpai naik bau,masuk sos tiram.letak air sikit
masuk bahan yang selebihnya tadi,.biarkan  masak dan  sedikitpekat.Untuk pekatkan kuah,campurkan sedikit tepung jagung.
Untik masak nasi goreng hanya tumiskan bawang putih,pecahkan telur,kacau,masukkan nasi letak lada sulah dan garam secukup rasa.
sedia untuk di hidang bersama telur mata kerbau.



Resepi masakan Udang goreng tempura.



Resepi masakan Udang goreng tempura.



Resepi masakan Udang goreng tempura.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

8-10 ekor udang segar sederhana besar
100g tepung tempura@tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
garam
lada sulah
minyak utk menggoreng


Cara-cara :



Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih. Supaya udang tak bengkok semasa digoreng.kerat bawah badan udang tetapi jangan  sampai putus.Keringkan  badan udang sebelum menggoreng utk mengelakkan  meletup ketika menggoreng.taburkan garam dan lada sulah  secukup rasa.

Lumur udang dengan tepung,kemudian  celup dalam telur yang sudah dipukul hingga kembang. Kemudian lumurkan dengan serbuk roti.

Pastikan minyak sudah panas dan bolehlah goreng udang hingga warna  keemasan.

Sedia dihidangkan.






Tutorial blog cara letak link entry dalam comment.



Anda boleh tinggalkan message dan link pada sesebuah komen dengan cara ini :


Tutorial blog cara letak link entry dalam comment.


Sila copy dan paste kod di bawah ini di ruang comment yang anda mahu :

TEXT MESSAGE : <a href="LINK ENTRY "><b>TAJUK ENTRY </b></a>


*TEXT MESSAGE : tulis mesej yang anda mahu
*LINK ENTRY: Link entry yang anda mahu
*TAJUK ENTRY: Tajuk entry yang anda tulis


mudah kan? selamat mencuba.








Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah.





Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah.




Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah
Bahan-bahan:

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
INTI:
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Inti: Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.
Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
samosa:Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas



Resepi masakan Murtabak mini yang sedap dan mudah



Resepi masakan Murtabak mini yang sedap dan mudah




Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah
Bahan-bahan:

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
INTI:
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Inti: Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.
Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
samosa:Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas



Resepi masakan Kerepek Bawang Pedas.



Resepi masakan Kerepek Bawang Pedas.



Resepi masakan Kerepek Bawang Pedas Bahan-bahan:

Bahan-bahan :


DOH PEDAS:

1 Kg tepung gandum
200 gm bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 ketul lengkuas muda(saiz kecil)*
3 batang serai *
3 sb udang kering (tumbuk jgn halus sgt)
6 sudu besar cili kering kisar (nak pedas tambah lagi)
garam secukup rasa dan sape2 yg mkn pak aji boleh la letak skit..
1 cawan air utk blend bahan yg bertanda*
DOH PUTIH: 
1 kilo tepung gandum
3/4 cawan majerin
1 sk garam
air

Cara-caranya:

DOH PEDAS:

blend bahan2 yg bertanda* dgn 1 cawan air.
lepas blend tuang dlm penapis,air nya jgn dibuang.
masukkan tepung dlm bekas,kemudian masukkan bawang yg ditapis tadi,udang kering dan garam.
gaul semua sambil masukkan air dari bawang yg ditapis sedikit2.uli hingga jadi doh.jika air bawang tadi x cukup,boleh guna air biasa.
doh jgn terlalu lembut,agak2 keras sikit dari doh karipap 

DOH PUTIH:
gaul tepung dgn majerin dan garam
masukkan air dan gaul hingga jadi doh sperti doh pedas tadi.
bahagikan kedua2 doh kepada 10 bahagian.(10 ketul doh pedas & 10 ketul doh putih)
ambil 1 ketul doh putih dan canai hingga nipis .ketepikan kemudian canai 1 ketul doh pedas hingga nipis juga. semasa mencanai boleh guna mesin @ alat mencanai.
letak doh putih yg telah dicanai tadi di bhgn bawah dan doh pedas di bhgn atas.gelekkan kedua2 doh supaya melekat.
selepas itu boleh digulung doh tadi dengan kemas.
buat proses menggulung ini hingga habis.menghasilkan 10 ketul.
ambil seketul yg dh digulung ,hiris nipis2 dgn pisau yg tajam.
Selepas itu bolehlah digoreng hingga kekuningan.


Resepi masakan Kuih Cara Berlauk yang sedap.



Resepi masakan Kuih Cara Berlauk yang sedap.




Resepi masakan Kuih Cara Berlauk yang sedap

BAHAN UNTUK INTI DAGING : 

2 cawan daging kisar
1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
1 labu bawang besar *
Sedikit daun bawang/sup*
* Dipotong dadu
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK BATER: 
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan
1 butir telur
Pewarna kuning
Sedikit garam

Cara-caranya: 

Tumis rempah hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
Kalau guna blender pun, lagi senang.

Cara memasak :

Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
Masukkan satu sudu inti daging.
Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.

*Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.



Resepi masakan Nasi goreng Cina yang mudah dan sedap.



Resepi masakan Nasi goreng Cina yang mudah dan sedap.



Resepi masakan Nasi goreng Cina yang mudah dan sedap

Bahan-Bahan:


2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa


Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.





Resepi masakan Pizza Maggi yang sedap dan mudah.



Resepi masakan Pizza Maggi yang sedap dan mudah.



Resepi masakan Pizza Maggi yang sedap dan mudah.

Bahan-Bahan:


1 Bungkus maggi
2 biji telur
Sosej
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)


Cara-caranya:

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggi yang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.




Resepi masakan Mee Bandung yang sedap.



Resepi masakan Mee Bandung yang sedap.




Resepi masakan Mee Bandung yang sedap

Bahan-Bahan:


500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam 4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur.
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)


Cara-caranya:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.



Resepi masakan Puding telur yang sedap dan mudah.



Resepi masakan Puding telur yang sedap dan mudah.



Resepi masakan Puding telur yang sedap dan mudah.

Bahan-bahan:


1 tin susu pekat manis
1 tin telur
1 tin air

Cara-caranya:


1. Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan telur ke dalam tin susu pekat manis tadi sehingga penuh dan tuangkan ke dalam bekas adunan.
3. Masukkan 1 tin air ke dalam bekas adunan tadi.**Anda boleh tambah sedikit jika perlu.
4. Pukul adunan sehingga sebati.Pastikan telur kembang.
5. Tuangkan ke dalam acuan.
6. Kukus adunan selama 20 minit.Kemudian bolehlah hidangkan.


Resepi masakan Ayam Paprik



Resepi masakan Ayam Paprik



Resepi masakan Ayam Paprik

Bahan-bahan :


150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
sedikit tepung jagung
Kicap
Sos tiram
Garam & Ajinomoto

Cara-caranya: 

Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. 
Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn seafood.)
Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.



Resepi masakan Ayam Coca Cola



Resepi masakan Ayam Coca Cola



Resepi masakan Ayam Coca Cola

Bahan-bahan:


2 ketul paha ayam (yang besar)
1 tin coca cola
3 batang serai (diketuk)
4 inci halia (diketuk)

Cara-caranya:

Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam kuali berpenutup.
Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam.

Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.






Resepi masakan Asam Pedas Ayam.



Resepi masakan Asam Pedas Ayam.



Resepi masakan Asam Pedas Ayam

Bahan-Bahannya:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air
10 tangkai cili kering, digiling 6 biji bawang merah, digiling
1 sm halia, digiling
Sedikit belacan, digiling
4 tangkai cili merah, digiling
2 ulas bawang putih, digiling
1 sm kunyit basah, digiling

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.



Resepi masakan Bubur Lambuk yang mudah dan sedap



Resepi masakan Bubur Lambuk yang mudah dan sedap




Resepi masakan Bubur Lambuk yang mudah dan sedap

Bahan-bahannya:

1 cawan beras

3 cawan air

4-5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit halia

2-3 sudu besar rempah kurma

sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang

1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)

1/2 cawan santan

minyak untuk menumis

daun ketumbar (hiasan)

bawang goreng (hiasan)

garam & gula secukup rasa



Cara-caranya: 



Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.

Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.

Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.

Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.

Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.


Resepi masakan Kerepek Kentang Bilis Pedas yang sedap.




Resepi masakan Kerepek Kentang Bilis Pedas yang sedap.



Resepi masakan KerepekKentang Bilis Pedas yang sedap

Bahan-bahan:

6 biji ubi kentang
100 gm ikan bilis
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar gula
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-caranya: 

Ubi kentang dikupas dan dihiris nipis-nipis menggunakan pemotong.
Goreng ubi kentang sehingga kekuningan dan toskan.
Ikan Bilis dibelah dua dan digoreng hingga rangup.
Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan sedikit minyak kedalam kuali, masukkan bawang yang telah ditumbuk. 
Kemudian masukkan cili giling dan goreng lagi hingga betul-betul garing.
Kemudian masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul hingga rata.



Tutorial blog letak widget Populor Post bewarna warni




Tutorial blog cara letak widget Populor Post bewarna warni

1.Open Dashbord > page element > add gadjet.
2. Cari dan add widget popular post .
3. Pilih bilangan popular post yang anda nak, paling banyak 7.
4. Save.

Kemudian buat langkah ini ,

1. Klik Design > Edit HTML.
2. Tekan ctrl+f, cari kod ini , </head> .
3. Tambahkan kod di bawah sebelum </head> tag.

<link href='http://dl.dropbox.com/u/50753886/updateviaz/Popularpost.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
4. Kemudian cari kod ni <b:widget id=’PopularPost
5. Padam dan tukarkan kod di antara <b:widget id=’PopularPost dan </b:widget> dengan kod di bawah:

<b:widget id='PopularPosts3' locked='false' title='' type='PopularPosts'><b:includable id='main'><div id='sidebartitlewrapper'><b:if cond='data:title'><h3><span><data:title/></span></h3></b:if></div><div class='sectioncont'><ul class='mostpopular'><script type='text/javascript'>//<![CDATA[var i=0;//]]></script><b:loop values='data:posts' var='post'><script type='text/javascript'>//<![CDATA[document.write ('<li class="mostpopular_li color'+i+'">');var i= i +1;//]]></script><a class='barlinko' expr:href='data:post.href'><data:post.title/><data:post.id/></a><span style='display: inline-block;width:100%;'><span style='float: left;font-size:10px;color:#f5f5f5;'> </span><span class='cb'/></span><script type='text/javascript'>//<![CDATA[document.write ('</li>');//]]></script></b:loop></ul></div><b:include name='quickedit'/></b:includable></b:widget>

6.Preview,jika tiada error boleh save.


Resepi masakan Sup Cendawan berkrim sedap dan mudah.



Resepi masakan Sup Cendawan berkrim sedap dan mudah.



Resepi masakan Sup Cendawan berkrim sedap dan mudah 

Bahan-bahan:


6 keping cream crakers,
2 cawan air
2 keping cheddar cheese
1kiub ayam maggie
6 biji cendawan kecil
1 labu bawang besar sederhana besar
garam

Cara-caranya:

cream crackers diblender dengan air.bawang dipotong dadu kemudian ditumis sampai garing,selepas bawang garing masukkan cream crackers yang telah di blend tadi,kacau sampai pekat,masukkan kiub ayam dan cendawan tadi,kemudian masukkan garam secukup rasa dan cendwan yang di potong tipis,akhir sekali masukkan cheese tadi.kalau rasa sup agak pekat tambah kan sedikit air .




Tutorial blog cara berkesan untuk elak entry dicopy paste





Tutorial blog cara berkesan untuk elak entry dicopy paste


1. Log in ke Blogger Dashbord - Layout - Add A Gadget - Add HTML/Java Script
2. Copy paste kod ini ke HTML/Java Script

<script type="text/javascript">/************************************************ Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)* This notice MUST stay intact for legal use* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code***********************************************/function disableSelection(target){if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE routetarget.onselectstart=function(){return false}else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox routetarget.style.MozUserSelect="none"else //All other route (ie: Opera)target.onmousedown=function(){return false}target.style.cursor = "default"}//Sample usages//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"</script><br /><script type="text/javascript">disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page</script><br />
3. Saved.Cuba view blog anda,jika tidak boleh Select All bermakna dah berjaya.





Resepi masakan Potato Wedges sedap dan mudah.



Resepi masakan Potato Wedges sedap dan mudah.



Resepi masakan Potato Wedges sedap dan mudah

Bahan-bahan:

2 biji kentang - saiz besar
5 sb tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

Kupas kentang potong bentuk belahan epal kukus 10minit atau hingga tidak terlalu lembut. Dah siap toskan.

Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.

Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.





Tutorial blog cara hilangkan tarikh diatas post title.


Cara nak hilangkan tarikh diatas post title ikut step2 ini :

Tutorial blog cara hilangkan tarikh diatas post title.

1.Log in > Dashboard > Design > Page Element > Klik Edit pada Blog Post
2.Akan keluar kotak Configure Blog Post 



3.Pastikan jangan di tick pada Post Page Option bahagian date.



 * tick untuk tunjukkan semula tarikh.

4.Okey senang jekan.Jangan lupa save!