Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Ayam Paprik



Resepi masakan Ayam Paprik



Resepi masakan Ayam Paprik

Bahan-bahan :


150 gram isi ayam (direbus)
1.5 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2)
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
Kacang panjang
Lobak merah
sedikit tepung jagung
Kicap
Sos tiram
Garam & Ajinomoto

Cara-caranya: 

Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. 
Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.
Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn seafood.)
Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.



No comments: