Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Kuah kacang




Resepi masakan Kuah kacang



Resepi masakan Kuah kacang 

Bahan-bahan 



1kg kacang tanah

2 batang serai

1inci halia &lengkuas-ambil airnya

3 senduk gula atau ikut suka

1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair

20 tangkai cili kering

1/3 belacan

20 ulas bawang merah kecil

3 senduk minyak masak

sedikit garam



Cara-cara

Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt

Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.

Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.

Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.

Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.

Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!


resepi masakan kuah kacang nasi impit kuah kacang sate kuah percik, Resepi masakan kuah kacang sedap dan mudah, 

Resepi biskut Almond london





Resepi biskut Almond london




Resepi biskut Almond london

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara-cara
Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.




Resepi biskut Cornflakes madu



Resepi biskut Cornflakes madu




Resepi biskut Cornflakes madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri utk hiasan


Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. 
Letak hirisan ceri jika suka. 
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.