Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Murtabak mini yang sedap dan mudah



Resepi masakan Murtabak mini yang sedap dan mudah




Resepi masakan Kuih Samosa yang sedap dan mudah
Bahan-bahan:

Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
INTI:
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

Inti: Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api.
Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
samosa:Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti.
Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas



No comments: