Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Bakso mudah dan sedap



Resepi masakan Bakso mudah dan sedap



Resepi masakan Bakso mudah dan sedap


Bahan-bahan :

Bihun 1 bungkus 

Taugeh

Kobis dihiris halus



*untuk bebola

400 gm daging cincang

2 biji bawang merah diracik halus

2 biji bawang putih diracik halus

2 sb telur (1/2 biji)

1 sk tepung ubi / tepung jagung

sedikit serbuk lada sulah n garam



*untuk kuah

3 biji bawang merah dihiris

* 3 ulas bawang putih

*1/2 inci halia

*1sk lada sulah biji

1 batang serai diketuk

1 sb pati daging / pati ayam

sedikit serbuk lada sulah

sedikit garam dan  perasa



Cara-cara

-UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan.Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.

-Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

-UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.

-Rendam bihun dan celur, kemudian tapis. Hidang bihun bersama tauge dan kubis. Tuang kuah dgn bebola. 



resepi masakan, Resepi masakan Bakso, resepi mee, Resepi masakan Bakso mudah dan sedap, 

No comments: