Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau (direbus empuk)
10-12 ulas durian
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan2 kecuali durian. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih. Jangan berhenti kacau mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah.Akhir sekali baru masukkan durian,biasanya saya akan masukkan sekali dengan bijinya baru sedap,biarkan beberapa minit hingga sebati.
No comments:
Post a Comment