Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Ikan pari masak lemak cili api.


Resepi masakan Ikan pari masak lemak cili api.



Resepi masakan Ikan pari masak lemak cili api.

Bahan Bahan:
ikan pari secukupnya
2 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
sedikit kunyit *
sedikit halia *
beberapa batang cili padi [terpulang pada anda nak berapa pedas]*
1 1/2 cawan santan kelapa
air secukupnya
1 batang serai
Asam Keping
1 helai daun kunyit
beberapa biji belimbing buluh

Cara-caranya :
1. Goreng atau Salai Ikan Pari .
2. Tumbuk /blend bahan bahan yang bertanda *
3. Panaskan periuk
4. Masukkan bahan blender tadi ke dalam periuk anda
5. Kemudian, kecilkan api dan kacau perlahan lahan bahan yg telah di blender tadi
6. Setelah sedikit menggelegak, masukkan santan dan kacau - supaya sebati
7. Masukkan Asam Keping dan selepas itu air
8. Setelah kuahnya sebati, masukkan ikan pari yang telah digoreng/disalai tadi
9. Kacau (elak pecah minyak) dan masukan belimbing buluh
10. Tambahkan sedikit garam
11. Taburkan daun kunyit dan kacau
12. Siap dan sedia dihidang.



No comments: