Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi masakan Labu Tumis Santan yang lazat.




Resepi masakan Labu Tumis Santan yang lazat.



Resepi masakan Labu Tumis Santan yang lazat

Bahan-bahan:


1 hiris labu kuning (dipotong dadu kira-kira 3 cawan)
¼ biji kelapa parut (diperahkan santan pekat)
1 sudu serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dibelah dua & bijinya dibuangkan)
½ sudu jintan putih 1 hiris halia (digiling)
2 ulas bawang putih (digiling)
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 sudu minyak masak atau minyak sapi
185 udang hidup yang sederhana besar (dibersihkan )
garam secukup rasa

Cara-caranya:


Panaskan minyak dalam periuk & gorengkan bawang merah, jintan putih halia & daun kari hingga bau wangi. Masukkan labu kuning & santan. Masak atas api yang sederhana panas hingga labu kuning empuk. Tambah serbuk kunyit & santan. Masak atas api yang sederhana panas hingga labu kuning empuk.Tambah cili merah & udang,biarkan masak selama 7 minit lagi. Sendukkan dalam pinggan sup & hidangkan semasa panas.


No comments: