Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi biskut Almond london





Resepi biskut Almond london




Resepi biskut Almond london

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
250 gm butter
9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telor
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara-cara
Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.
Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa juga boleh) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat ...kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.




2 comments:

yatie fadzil said...

saya dh cuba resepi nie utk ry 2013 nie.....thanks cik tiemah mmg menjadi ramai yg puji almond london sedap.thanks alot hope cik tiemah blh beri resepi yg lain untk d kongsi brsama.hppy sgt!!! sbb first time try resepi menjadi!!

Fazliana Jamil said...

Terima kasih atas perkongsian dari blog. Maklum lah dah nak raya ni kena le semangat2 belajar cara nak buat kuih ni. hihihi. oh ye nanti ada masa jemput2 singgah blog saya pula http://www.mamafisya.com/ :)