Recent Posts

Jom singgah sini | twenty2december™

Resepi Kek Labu Kukus gebu dan enak.






Resepi Kek Labu Kukus gebu dan enak

Bahan-bahan :

3 biji telur 

1 cawan minyak jagung 

1 1/2 cawan gula halus

1 camca teh esen vanilla

1/4 camca teh garam

450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus

2 1/2 cawan tepung gandum 

1 camca teh soda bikarbonat 

1/2 camca teh baking powder

1 1/2 camca besar susu tepung



Cara-caranya:

  • Sapu loyang dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum.
  • Panaskan oven pada suhu 160C 
  • Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak, labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. 
  • Kacau hingga semua sebati .
  • Tuang dalam loyang yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2. 
  • Jika Kukus pun dalam 50 minit juga.

1 comment:

EPIK said...

selain labu, boleh guna buah lain x sebab tak brape suka buah labu...hehehe :)

Potrait Manusia Menggunakan Jari